Tuesday 1 May 2012

HIKMAH SEDEKAH



Sedekah itu memberi menafaat manusia semasa hidupnya:

-Harta penderma sentiasa Suci.

-Tubuh badan penderma sentiasa sihat.
-Bala dan penyakit penderma akan tertolak.
-Penderma akan lebih bersemangat beribadat kepada Allah.
-Harta penderma akan diberkati dan akan bertambah.


Manakala sedekah itu membantu manusia  Di Akhirat dengan:

-Awan akan melindunginya dari panas semasa di Akhirat.
-Allah akan meringankan hisab penderma di Akhirat.
-Allah akan memberi bonus pada timbangan amalan kebajikan.
-Allah akan membantu penderma semasa melalui Sirat Mustaqim.
-Allah akan menambah darjat kedudukanya di dalam Syurga.

“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu
menjaga dirinya daripada api neraka
hendaklah ia bersedekah
walau hanya dengan sebiji kurma,
dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa
hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik.”
(H/R. Ahmad dan Muslim)


Allah Ta’ala berfirman,
“ Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka
pada jalan Allah
adalah seumpama sebutir biji
yang menumbuhkan tujuh tangkai,
pada tiap-tiap tangkai seratus biji.
Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya
dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. ” .

{Al Baqarah (2) : 261}
Sedekah mempunyai kelebihan yang amat banyak,
diantaranya adalah :
” Menggandakan kebaikan,
ganjaran yang besar,
menolak bala,
meredakan kemurkaan Allah,
menyelamatkan diri dari api neraka,
memanjangkan umur,
melembutkan hati,
melenyapkan perasaan takabur & angkuh,
dan akhirnya menerima ganjaran amalan
yang berkekalan dan berterusan ”



  "Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan)
bagi janda dan orang miskin
ibarat berjihad dijalan Allah
dan ibarat orang solat malam.
Ia tidak merasa lelah
dan ia juga ibarat orang berpuasa
yang tidak pernah berbuka."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

" Barangsiapa ingin doanya terkabul
dan dibebaskan dari kesulitannya
hendaklah dia
mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain."
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
  "Bentengilah hartamu dengan zakat,
ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu)
dengan bersedekah
dan persiapkan doa
untuk menghadapi datangnya bencana."
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)


1 comment:

  1. Subhanallah, indahnya sedekah. Alhamdulillah saya sendiri diberi peluang oleh NYA untuk merasai keajaiban suatu sedekah. Alhamdulillah.

    bersedekah lah, bantu yang memerlukan. :)

    ReplyDelete