Sunday 6 May 2012

KATA HIKMAH ILMU





Kata Imam Syafi’i mengenai ilmu.

“ Barangsiapa taat kepada Allah Ta’ala dengan ilmu
maka bermanfaatlah batinnya.”

“ Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun.
Kerana kekenyangan itu memberatkan hidup,
menyesatkan hati,
menghilangkan cerdik,
menarik tidur
dan melemahkan orang yang kenyang itu
daripada beribadah.”

“ Barangsiapa tiada menjaga dirinya
maka tak bergunalah ilmunya.”

“Menuntut ilmu adalah lebih utama
daripada ibadah sunah.”


"Ilmu dan kepandaian itu
adalah sahabat yang setia
dalam hidup
sampai kepada penghabisan umur"


Berkata Al-Faqiirul Haqiirul Faanii,
al-Muznibul Jaanii, ar-Raajii min Rabbihil ‘Afwa ma’a Buluughil Aamaanii,
Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy:



“Para masyaikhku
telah menasihatkanku beberapa perkara:

“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu
kerana sukar bagi hati
untuk dimasuki cahaya
jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”

“Sucikan hatimu
dari kekotoran maksiat
kerana hati yang kotor
tidak dapat menerima rahsia-rahsia ilmu
dan kurniaan Allah.”


“Tuntutlah ilmu agama
secara talaqi daripara masyaikh yang bersanad
kerana ada padanya madad dan keberkatan.”


“Ilmu adalah sangat mulia.
Justeru, bersabarlah
dalam menuntut ilmu
kerana semakin bertambah mulia sesuatu yang dituntut,
maka semakin bertambah pula
keletihan dan kepayahan dalam mencapainya.”


“Muliakanlah para ulama’,
ilmu dan kitab-kitab mereka.
Lazimikanlah dirimu
untuk membaca kisah-kisah dan kitab-kitab
para Salafus Soleh dan ulama Khalaf yang soleh
terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazzali
kerana ia adalah perbendaharaan
dari segala macam ilmu
dan penawar yang mujarab
bagi penyakit-penyakit hati.”


“Menuntut ilmu
bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran,
tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan
dan menyuburkan kebijaksanaan.
Apa yang dicari
bukan hanya semata-mata ilmu,
tetapi juga manfaat dan keberkatannya.
Justeru, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu
untuk memperolehinya.”


“Cintailah Rasulullah dan keturunannya
kerana jika hanya berilmu
tanpa Mahabbatun Nabi,
hati akan menjadi ‘gersang’.”


Demikianlah nasihat ini
ditujukan juga kepada semua ahli pengajian talaqiku khasnya
dan kepada semuanya penuntut ilmu amnya.”


"Jikalau kamu
hendak mencari ilmu akhirat
maka ilmu dunia akan datang kepada kamu,
dan jikalau kamu hendak mencari ilmu dunia
maka ilmu akhirat tidak akan datang kepada kamu".


Bukanlah ilmu itu satu kemahiran bercerita
tetapi ilmu itu
(menimbulkan) taqwa kepada Tuhan.


Berkata Ibnu Mas'ud r.a :

Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat.
Ilmu diangkat dengan kematian perawi-perawinya.
Demi Tuhan yang jiwaku di dalam kekuasaanNya!
Sesungguhnya orang-orang yang syahid
dalam perang sabil
lebih suka dibangkitkan oleh Allah nanti
sebagai ulama',
kerana mereka mengetahui kemuliaan ulama'.
Sesungguhnya tak seorang pun dilahirkan berilmu.
Ilmu diperoleh dengan belajar.



sumber: berbagai-bagai

No comments:

Post a Comment