Monday 2 April 2012

PUISI IMAM SYAFIE

 
Bukanlah yang tinggal tetap itu
rehat bagi orang yang berakal dan berbudi
Maka tinggalkanlah kampung halamanmu
Dan pergilah mengembara
Merantaulah!
Pasti kau akan temui pengganti mereka yang kau tinggalkan
Berusaha keraslah
Sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada dalam usaha yang bersungguh-sungguh
Sesungguhnya aku melihat
air yang menjadi cemar kerana tidak mengalir
Andai ia mengalir
Pasti elok keadaannya
Dan andai ia bertakung
Nescaya cemar jadinya.





REDHA DENGAN QADAR

Biarkan masa melakukan apa yang ia mahu
tenang dan redhalah apabila qadha’ itu berlaku 

 
Janganlah bersedih dengan musibah yang berlaku

tiada musibah dunia yang kekal

Jadilah dalam menghadapi malapetaka lelaki yang cekal

dan akhlakmu adalah berlapang dada dan kesetiaan 

 
Rezekimu tidak akan kurang kerana kesabaran

dan tidak bertambah kerana kesedihan

Sesiapa yang kematian turun di halamannya

maka tidak ada bumi atau langit yang dapat melindunginya

 
Bumi Allah adalah luas, tetapi

apabila turun qadha’, ruangnya menjadi sempit sekali

Biarkanlah masa mengkhianati segala kebaikan

tiada ubat yang dapat menghalang kematian

1 comment: