Tuesday 15 May 2012

KATA-KATA HIKMAH SAIDINA ALI k.w



Orang bertanya kepada Saidina Ali k.w
kenapa beliau mencintai ilmu
lebih daripada  harta?


Jawab sahabat agung Saidina Ali k.w :

Pertama :
Ilmu itu jika diberi kepada orang lain,
akan bertambah,
manakala harta jika diberi akan menyusut.


Kedua :
Ilmu dapat memelihara diri kita,
manakala harta
kita pula terpaksa melindunginya.


Ketiga :
Makin banyak ilmu hati semakin tenang,
sedang semakin banyak harta
semakin berat hati dalam menjaganya.


Keempat :
Orang yang menyimpan ilmu tanpa bimbang didatangi pencuri,
sedang banyak menyimpan harta
sentiasa cemas dan curiga didatangi  orang.


Kelima :
Orang yang berilmu mempunyai kenalan luhur,
sedang si punya banyak harta
mempunyai ramai lawan dan musuh.


Saidina Ali k.w berkata lagi :

Keenam :
Hendaklah engkau berlindung kepada Allah dalam semua urusan, kerana dengan itu engkau mendapat perlindungan yang kukuh, kuat dan mulia.


Ketujuh :
Harta kekayaan tidak akan kekal menemanimu,
dan kamu pula tidak akan dikekalkan oleh hartamu.
Salah satu akan musnah terlebih dahulu,
samaada kamu atau hartamu.


Kelapan :
Ketahuilah kamu diciptakan untuk akhirat,
tidak untuk dunia.


Kesembilan :
Kamu dihidupkan untuk dimatikan,
tidak untuk dikekalkan.
Dengan itu
sesungguhnya berada di tempat sementara inilah
kamu berbekal untuk menuju akhirat yang pasti.


Kesepuluh :
Engkau selalu dikejar maut, yang tiada siapa terlepas siapapun yang cuba lari daripadanya.


Kesebelas :
Dengan itu hendaklah waspada
jangan tertangkap maut
ketika berbuat jahat,
atau telah merancang berbuat jahat
lalu menemui maut
maka binasalah engkau.


Sahabat yang dimuliakan,

Utamakanlah ilmu daripada harta
tetapi jika kalian berharta
maka jadikanlah harta kalian untuk menuntut ilmu,
sebarkan ilmu yang bermanfaat
dan sedekah jariah
maka harta tersebut akan membantu kalian
walaupun kalian berada dialam barzakh,
jangan jadi hamba kepada harta
nanti kalian akan binasa.....

sumber : Makmum Sundari

No comments:

Post a Comment