Tuesday 15 May 2012

KATA-KATA HIKMAH DR. HAMKA



Kata-kata yang lemah dan beradab
dapat melembutkan hati
dan manusia yang keras.

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,
bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup,
dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya.

 Pergaulan mempengaruhi didikan otak
Oleh itu,
untuk kebersihan jiwa
hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab
dan berbudi mulia
yang dapat kita kutip manfaatnya.


Undang-undang adab dan budi pekerti
membentuk kemerdekaan bekerja.
Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.
Dengan jalan menambah kecerdasan akal,
bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.


Di dalam medan hidup,
ada beberapa undang-undang
yang harus dijaga dan diperhatikan.
Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,
dengan keberesan akal
dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.


Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk
sejak kecil kerana ketika kecil
mudah membentuk dan mengasuhnya.
Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan
yang sukar ditinggalkan”.


Mengikut adab kesopanan,
tetamu yang tidak menghormati diri
dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,
bukanlah orang yang patut dihormati.


Orang beradab
pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,
walaupun dia sendiri
tidak sesuai dengan keyakinan itu.

No comments:

Post a Comment