Thursday 24 May 2012

KATA-KATA HIKMAH SOLAT

 

Solat adalah tanda cinta nabi dan Allah
 kepada umat manusia
Solat adalah hadiah paling indah
 dalamasa hidup seorang manusia

Sesibuk apapun , tunaikanlah solat
kerana
kalau tidak
Allah akan penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja
dan Allah tidak akan menghindarkanmu dari
kemelaratan (kesusahan)

‎"Apakah yg menyebabkan kamu masuk neraka Saqar?
Mereka menjawab: Dahulu kami tidak termasuk orang2 yg
melaksanakan solat. "
(al Muddatsir: 42-43)

"Sesungguhnya Allah s.w.t
menghadapkan seluruh 'wajahnya'
kepada hambanya yang sedang solat
selama hati hamba itu tidak berpaling"
(HR: Abu Daud, An Nasai, al Hakim)

Solat adalah tiang agama
siapa yang mengamalkannya
sungguh dia telah menegakkan agamanya
siapa meninggalkannya
sungguh dia telah meruntuhkan agama (dalam dirinya)

Solat adalah penglipur lara
pengubat duka
dan pelepas dahaga keputusasaan

Dan mohonlah pertolongan Allah
dengan sabar dan solat

Ketenangan diri
dapat diperolehi
ketika kamu
sungguh-sungguh mengerjakan solat

Solat yang sah
dan mampu mencegah keburukan
hanya ada didalam solat yang khusyuk

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku
orang yang tetap
melaksanakan solat
Ya Tuhan kami
perkenankanlah doaku"
(Ibrahim: 40)

"Siapa yang yang solat berjemaah
Allah mencatat pulang perginya
sepuluh kebaikan
dihapus darinya sepuluh keburukan
dan diangkat sepuluh darjatnya"
(Hadis)

"Seutama-utama solat
selepas solat fardhu
adalah solat sunat
di waktu malam".
(HR: Muslim)

"Siapa yang berwudhu
dengan sempurna
kemudian solat hajat 2 rakaat
dengan sempurna
maka Allah tunaikan apa yang ia pinta
cepat atau lambat"
(HR: Ahmad)

"Wahai anak Adam
jangan sesekali engkau malas
mengerjakan 4 rakaat
pada permulaan siang (dhuha)
nescaya Aku akan
cukupkan keperluanmu
pada akhir harinya".
(HR: al Hakim, Thabrani)

No comments:

Post a Comment