Sunday 29 September 2013

JANGAN LUPAKAN DAKU




Sahabat-sahabatku sekalian bacalah sejenak..

Diriwayatkan bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah Taala :

Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.


Maka Allah berfirman:
Pergilah kamu ke Neraka lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar kuman ( zarrah ).
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab AZ-ZUHD ).

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Banyakkanlah berkenalan dengan orang-orang mukmin.
Kerana tiap-tiap orang mukmin ada syafaat nya nanti di Hari Qiamat.
( H.R.Al-Hakim dari Imam Anas bin Malik radhiallahu anhu ).

Imam Al-Hasan Al-Basri berkata:
Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu
kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti.

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabat nya sambil menangis :
Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga
bersama kalian
maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

Wahai Rabb Kami..
HambaMu si fulan
sewaktu di dunia
selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.
Maka masukkanlah dia
bersama kami di Syurga MU.

Sahabat-sahabat ku..
Mudah-mudahan dengan ini aku telah mengingatkanmu tentang Allah.
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga dan Redha NYA.
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Daku memohon kepada-Mu..
Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh
dan taat Kepada Syariat Mu.
Dan kekalkanlah persahabatan kami
sehingga kami bertemu di negeri yang satu.

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik
yang menunjukkan jalan-jalan ke Syurga
dan jalan-jalan kebaikan menuju redha ILAHI.

WAHAI SAHABAT-SAHABATKU YANG DI KASIHI..
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...
JIKA DAKU TIADA DI SYURGA NAN ABADI.

sumber: Saripah Shakirah

No comments:

Post a Comment