Monday 20 August 2012

Puisi Aidilfitri



Sesejuk air kali di pagi ini
Ku sirami diri ini dengan air suci 
Sehingga sejuknya menerobos masuk ke tulang sum-sum
Amat terasa kali ini
Sejuk, nyaman...

Begitu hati mu
Kau sirami ia
Selama se purnama
Dengan menahan lapar, dahaga dan nafsu mu
Dengan tadarus dan solatmu
Dengan sabar dan belas kasihmu
Dengan sedekah dan zakatmu
Tidakkah ia mahu lembut kepada Tuhanmu?
di Syawal yang mulia ini
Tak mahu hilangkah
Cinta duniamu?

Tamak dan kedekutmu?
Tipu dan khianatmu?
Rasuah dan makan riba mu?
Tinggal solat dan dedah auratmu?
Leka dan lalaimu?

Air yang sejuk
Akan menyejukkan badanmu
Sebulan Ramadhan
Patut telah menyejukkan hatimu
kepada Ilahi....
Namun jika itu tak berlaku
jangan salahkan air di kali
jangan salah kan Ramadhan mu yang sebulan
Tanyalah hatimu
kemanakah kau bawa ia.... 



nukilan: abusyafie
             Klang

No comments:

Post a Comment