Wednesday, 12 September 2012
Angin-angin Kebangkitan....
medan Tiananmen
Di Cina
Ribuan mahasiswa dan golongan pekerja
keluar ke jalan raya menuju ke Dataran Tiananmen
sebagai langkah menuntut keterbukaan, hak asasi dan demokrasi.
kerajaan komunis China bertindak ganas
dengan mengarahkan tentera menembak ke arah demonstran
dan ribuan akhirnya terbunuh
pada 4 Jun 1989.
seorang mahasiswa
menahan dan menghalang
seangkatan kereta kebal
yang cuba untuk memasuki Dataran Tiananmen
selepas tragedi berdarah
yang membunuh hampir 2,500 orang
Sehingga hari ini
identiti beliau masih menjadi tanda tanya.
Nasib beliau selepas itu tidak diketahui.
di Tunisia
peristiwa sekitar graduan Muhammad Bouazizi.
yang gagal mendapat pekerjaan
lalu berjual sayur kecil-kecilan
namun barangnya dirampas dan disita
aduan ke polis, dihadiahkan tamparan dan maki
aduan kepihak berkuasa tak diendahkan
protes!
akhirnya mati membakar diri sendiri
lalu ia mencetus kebangkitan seluruh Tunisia
rakyat dan mahasiswa bangun tanpa takut
membawa tumbangnya sebuah negara
merebak pula keseluruh Tanah Arab
Libya, Yaman, Bahrain, Mesir dan Syria
begitu mahasiswa dan rakyat
bersatu menegak keadilan
gelombang yang tak tertahankan
meruntuhkan tembok yang kebal
kini giliran Malaysia pulakah?
mana mahasiswanya
mana anak mudanya
mana darah pahlawannya?
hasil nukilan:
abu syafie
Klang
Labels:
puisi kebangkitan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment