Monday, 28 May 2012
KATA-KATA HIKMAH KEHIDUPAN
Kehidupan ini sementara sahaja.
hidup sebelum menemui mati
ibarat meniti satu jambatan yang panjang.
Di sepanjang jambatan
melalui pelbagai persoalan dan pilihan
yang harus kita fikirkan
untuk meneruskan perjalanan hidup ini
sehingga kita tiba di akhir jambatan
Adakah kita berjaya meniti jambatan itu
dengan selamat tiba di penghujungnya
atau jatuh terhempas ke dasar bumi
kerana Tuhan
menghukum kita kerana kealpaan atau kata takbur kita
sehingga terlupa jambatan itu
mampu terhempas bila-bila masa sahaja
akibat tali kerakusan kita sendiri.
Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang menjadikan (hidup di) dunia
sebagai cita-citanya,
Allah akan mencerai-beraikan urusannya,
memperjelas kesempitannya,
menjadikan kefakiran di depan matanya,
dan tidak memberikan dunia kepadanya
kecuali apa yang tercatat baginya.
Dan barangsiapa yang menjadikan
(hidup di) akhirat sebagai cita-citanya,
Allah akan mengumpulkan cita-citanya,
menjaganya dari kesempitan,
menjadikan kekayaan bersemayam dalam hatinya,
dan dunia akan datang kepadanya
dalam keadaan rendah dan hina.”
Nabi bersabda lagi:
“Barangsiapa yang di pagi hari
sihat badannya
tenang jiwanya
dan dia mempunyai makanan di hari itu
maka seolah-olah (hidup di) dunia ini
dikaruniakan kepadanya.” .
Nabi Isa a.s bersabda pula:
Pencinta dunia ini
seperti seseorang yang minum air laut
makin banyak minum
makin hauslah ia
sampai akhirnya mati
akibat kehausan yang tak puas-puas
Rasulullah saw bersabda lagi:
“Ada dua ni’mat
yang sering dilalaikan
oleh kebanyakan manusia
iaitu kesihatan dan waktu terluang.”
Rasulullah bersabda lagi kepada kita:
Engkau tak dapat bercampur
dengan dunia
tanpa dikotori olehnya
seperti engkau tak dapat
menyelam di dalam air
tanpa dibasahinya.
Allah swt pula berfirman:
Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia),
bahawa kehidupan dunia sebagai air hujan
yang Kami turunkan dari langit,
maka menjadi subur kerananya
tumbuh-tumbuhan di muka bumi,
kemudian tumbuh-tumbuhan itu
menjadi kering yang diterbangkan oleh angin.
Dan adalah Allah,
Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(18:46)
Labels:
kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment