Sunday 29 April 2012

PUISI UNTUK PARA PELAKON



Aku melihat manusia yang hidup ini
Seperti yang sedang berlakon diatas sebuah pentas
Ia masuk di pintu yang lain
Dan keluar dipintu yang lain

Ada yang sedar ia sedang berlakon
Tapi banyak nian yang tidak
Mereka saling berebutan diatas pentas
Berebutkan apa?
Merebut habuan yang ada di atas pentas itu
Agar dapat dibanggakan antara pelakon-pelakon

 Bila selesai lakonan
Keluar lah ia melalui pintu yang satu lagi

Karya: Abu Syafie

Thursday 26 April 2012

KATA-KATA HIKMAH PENGUBAT JIWA YANG LEMAH










Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.


Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.


Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.


Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.


Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.


Kata-kata Hikmah Pujangga

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya


Setiap perkara ada gantinya.
Setiap perlakuan ada ganjarannya.
Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.


Nabi Muhammad pernah berkata,"Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit "(HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)


Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.
Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.


Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya


Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap


Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.


Sayidina Ali menyatakan :
“Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerti yang mulia”.


Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.


Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan
.

Sebaik-baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta
.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
(Hamka).


Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)


Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.


"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)


"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)


Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.


Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)


Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.


Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.


Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.


Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.


"Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. " (Saidina Ali Abu Talib)


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."


Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.


Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)


Kekitaan yang erat tiada yang berat.


Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.


Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati


Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.


Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.


Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.


Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

sumber: anizyn

Tuesday 24 April 2012

KATA-KATA HIKMAH IMAM AL GHAZALI



  • Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati ,
    cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi
    tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya
    dan buatlah apa yang engkau kehendaki
    tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.
  • Carilah hatimu di tiga tempat.
    Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran.
    tetapi jika tidak kau temui,
    carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
    Jika tidak kau temui juga,
    carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
    Jika kau tidak temui juga,
    maka berdoalah kepada ALLAH,
    pinta hati yang baru
    kerana hakikatnya pada ketika itu
    kau tidak mempunyai hati!
  • Jika berjumpa dengan kanak-kanak
    ingatlah bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
  • Apabila bertemu dengan orang tua –
    ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita
    kerana dia sudah lama beribadat.
  •  Jika berjumpa dengan orang alim –
    ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita
    kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  •  Apabila melihat orang jahil –
    ingatlah bahawa mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,
    sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  •  Jika melihat orang jahat,
    jangan anggap kita lebih mulia
    kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
  • Ku letakkan arwah ku dihadapan Allah dan tanamkanlah jasad ku dilipat bumi yang sunyi senyap.
    Nama ku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa depan.
  • Ilmu yang pertama disebut  ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua  disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.
  • Kita tidak dapat mengakui bahawa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.
  • Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan,
    keberanian, kesucian diri dan keadilan.
  • Nasihat itu mudah,
    yang payah  ialah menerimanya
    kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu,
    sebab barang yang terlarang sangat disukainya.
  • Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh,
    “kekalahan” menjadi belenggu nafsu
    dan “mati” menjadi pakaian badan,
    kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur,
    dan ahli kubur setiap saat menunggu,
    bilakah engkau akan sampai kepada mereka.
  • Pati ilmu yang sebenar ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa erti taat dan ibadat.
  • Lidah yang lepas dan hati yang tertutup
    dan penuh dengan kelalaian itu
    alamat kemalangan besar
  • Jika nafsu itu tidak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh,
    maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan ber ma’rifat.
  • Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai  bagimu,
    dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi : “Apakah ada yang memohon?
    Apakah ada yang meminta ampun?
    Dan apakah ada yang bertaubat?”
    itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.
  • Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang diperlukan.
    Rasulullah saw. bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rezki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi keperluannya”
  • Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia.

Tuesday 10 April 2012

Syair IMAM ALI BIN ABU THALIB r.a.

 

Aku khuatir dengan suatu masa yang rodanya dapat menggilis keimanan
Keyakinan tinggal pemikiran, yang tak berbekas dalam perbuatan
Banyak orang baik tapi tidak berakal,

Ada orang berakal tapi tidak beriman.
Ada lidah fasih tapi berhati lalai,
Ada yang khusuk tapi sibuk dalan kesendirian.
Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan iblis.
Ada ahli maksiat tapi bagai sufi,
Ada yang banyak tertawa tapi hatinya berkarat,
Ada yang banyak menangis tapi kufur nikmat,
Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat,
Ada yang berhati tulus tapi wajahnya cemberut (masam muka),
Ada yang berlisan bijak namun tak memberi tauladan,
Ada pezina yang tampil menjadi figur (ikutan),
Ada yang berilmu tapi tak faham,
Ada yang faham tapi tak menjalankan,
Ada yang pintar tapi tak  memberi pelajaran,
Ada yang bodoh tak tau diri,
Ada yang beragama tapi tak berahlak,
Ada yang berakhlak tapi tak bertuhan,
Lalu diantara semua itu dimanakah aku berada?

sumber: blog Isi Otak Panji